fbpx

Oppenheimer ‘sapu bersih’ Golden Globe, Jennifer Lawrence kelakar!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACARA berprestij Hollywood, Golden Globe Awards ke-81 dinominasi dengan kemenangan penuh bergaya filem epik, Oppenheimer.

FILEM biografi epik, Oppenheimer mendominasi acara Golden Globes Awards ke-81 dengan menyapu bersih hampir keseluruhan trofi pencalonan termasuk Filem Terbaik.

Selain Filem Terbaik, Oppenheimer turut membawa tuah kepada pengarahnya, Christopher Nolan yang memenangi trofi Pengarah Terbaik dan Pelakon Filem Lelaki Terbaik (Cillian Murphy) dan Pelakon Pembantu Filem Lelaki Terbaik (Robert Downey Jr.)

Oppenheimer yang merupakan antara filem pecah panggung tahun lalu turut menerima trofi Skor Asal Terbaik – Filem sekali gus melengkapkan malam cemerlang karya yang mengangkat kisah bapa bom atom dunia, J Robert Oppenheimer.

Turut cemerlang adalah filem komedi, Poor Things yang membawa pulang trofi Filem Muzikal/Komedi Terbaik dan Pelakon Filem Wanita (muzikal/komedi) Terbaik yang dimenangi Emma Stone menerusi lakonan hebatnya sebagai Bella Baxter dan Victoria Blessington dalam filem tersebut.

Kemenangan Emma mencuri tumpuan ramai kerana sebelum dia naik ke pentas, rakan seperjuangan yang juga tercalon dalam kategori sama, Jennifer Lawrence berkata sesuatu yang ditangkap lensa kamera.

“If I don’t win, I’m leaving (kalau saya tak menang, saya akan balik,” seloroh Jennifer yang kemudian bersorak dengan penuh riang apabila nama Emma diumumkan sebagai pemenang.

Kemenangan Poor Things sekali gus mengenepikan filem Barbie yang merupakan filem paling laris dunia tahun lalu apabila gagal membawa pulang sebarang trofi meskipun dicalonkan dalam enam kategori untuk edisi kali ini.

Bagaimanapun, Barbie menerima trofi yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu Pencapaian Pecah Panggung dan Sinematik.

Bagi kategori drama pula didominasi karya Succession yang membawa pulang empat trofi termasuk Drama Terbaik, Pelakon Drama Wanita Terbaik (Sarah Snook), Pelakon Drama Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Drama Terbaik (Matthew Macfadyen).

Sementara itu, pelakon yang membawakan watak mendiang Puteri Diana dalam musim terakhir drama The Crown iaitu Elizabeth Debicki dinobatkan sebagai pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Billie Eilish menepati ramalan ramai apabila lagi nyanyian dan ciptaannya, What Was I Made For? berjaya memenangi trofi Lagu Asal Terbaik sekali gus menundukkan empat pesaing lain termasuk I’m Just Ken, Dance The Night, Peaches, Addicted To Romance dan Road to Freedoom.

Golden Globe Awards ke-81 berlangsung di The Beverly Hilton, California, Amerika Syarikat dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran CBS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI