fbpx
Semua pihak perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan di kawasan kejiranan masing-masing.

Luahan pembaca: Sampah lebih banyak daripada tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

SEPANJANG cuti persekolahan dan akhir tahun baru-baru ini, saya sekeluarga memilih untuk bercuti di beberapa buah lokasi pelancongan sekitar Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kebanyakan lokasi yang kami kunjungi menyajikan pelbagai tempat menarik selain premis makanan yang menyediakan aneka jenis makanan tradisional.

Bertambah istimewa lagi apabila tempat penginapan yang kami sewa dijaga rapi dan dalam keadaan bersih.

Bagaimanapun, beberapa isu sedikit ‘mencacatkan’ percutian kali ini apabila tempat kunjungan awam seperti pesisir pantai gagal diselenggara dengan sebaiknya.

Ini terutamanya dalam soal pengurusan sampah. Pihak berkuasa memang ada menyediakan tong-tong sampah di beberapa lokasi strategik, namun jumlahnya agak sedikit.

Malah, di beberapa kawasan kejiranan yang kami lalui turut memperlihatkan pemandangan kotor apabila sampah sarap berselerak dan tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Mungkin, sudah sampai masanya pihak berkuasa bekerjasama dengan komuniti setempat untuk mendidik masyarakat agar menjadikan kebersihan sebagai budaya hidup.

PENCINTA KEBERSIHAN
Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN