fbpx

Kuota haji Malaysia 31,600 jemaah tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im (kiri) pada majlis menandatangani Memorandum Aturan Urusan Haji di Jeddah, Arab Saudi hari ini. Foto FB Mohd. Na’im.

PUTRAJAYA – Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah bagi menunaikan ibadah haji di Tanah Suci pada tahun ini adalah sebanyak 31,600 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada majlis menandatangani Memorandum Aturan Urusan Haji 1445H/2024 di Jeddah, Arab Saudi.

“Dalam pertemuan tersebut, antara perbincangan adalah kandungan memorandum berkaitan aturan pengurusan jemaah haji meliputi urusan penerbangan, penginapan serta penyediaan makan minum jemaah haji sepanjang di Tanah Suci.

“Selain itu, perkara lain yang dibincangkan berkaitan urusan di Masyair termasuk pengangkutan bagi jemaah haji dan para petugas.

“Pada masa sama, turut dibincangkan persediaan pengurusan aspek kesihatan jemaah haji,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Untuk rekod, kuota haji jemaah Malaysia pada tahun lalu adalah sama iaitu seramai 31,600 orang.

Na’im kini berada di Jeddah bagi menyertai Persidangan Haji dan Umrah 2024 anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI