fbpx

[VIDEO] Banjir: Tak lena tidur malam hujan lebat bimbang kedai jadi ‘kolam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADIAH SUAP melakukan persiapan kemungkinan berdepan banjir ekoran jangkaan air pasang penuh berlaku malam ini di kedai cenderahati diusahakan di Gerai Muafakat Jalan Niaga, Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang peniaga di Gerai Muafakat Jalan Niaga, di sini tidak lena tidur susulan hujan lebat sejak malam tadi kerana bimbang kedainya dimasuki banjir.

Radiah Suap, 50, berkata, deretan gerai itu memang menjadi antara yang pertama terlibat sekiranya air Sungai Johor melimpah kerana berada di lokasi rendah dan terletak tidak jauh dari sungai tersebut.

“Kedai kami akan jadi ‘kolam’ jika berlaku limpahan air Sungai Johor yang terjadinya bila air pasang ditambah hujan lebat berterusan,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Katanya, mengambil kira pengalaman banjir dihadapi sebelum ini, dia yang mengusahakan kedai cenderahati di gerai itu telah membuat persiapan awal mengemas apa yang patut di kedainya sejak Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB ) Mohd Shawaluddin Ami Nordin berkata, air pasang penuh dijangka akan berlaku pada pukul 8 malam ini melibatkan kedalaman dua meter di Kota Tinggi.

Jesteru itu katanya, orang ramai diminta segera berpindah sekiranya arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI