fbpx

RM6 juta itu duit derma – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi.

KUALA NERANG – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang terkait dalam siasatan rasuah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merupakan derma daripada syarikat gergasi bagi menyambung kontrak konsesi loji rawatan air (LRA) Kedah.

Presiden KFA itu menegaskan, beliau akan mendedahkan syarikat tersebut termasuk siasatan agensi berkenaan yang turut didakwa sebagai plot untuk memburukkan KFA dan kerajaan negeri pimpinannya itu.

“Plot itu saya tahu melibatkan kompeni besar-besar, lobi untuk dapat sambung konsesi loji rawatan air, derma ke situ, lepas itu hendak kita sambung dia, konsesi ini kita tidak sambung, kita nak buat sendiri, derma RM80 bilion pun kita tidak sambung, lepas itu minta balik duit itu, itu cerita dia.

“Hampa tulis, hampa bagi orang marah, hampa ingat orang tak reti marah. Masuk akaun KFA, dia bagi cek, dia derma. KFA sejak 100 tahun dulu, 1924, KFA ditubuhkan, dibiayai dengan derma, sumbangan daripada kerajaan, swasta, NGO, peminat sukan, semua derma pi situ, terima masuk dalam akaun, itu derma, itu biasa seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hadir pada Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap di Kuala Nerang di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang penahanan Ketua Pegawai Eksekutif KFA bersama tiga individu lain oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM6 juta. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI