fbpx

Jangan bagi rakyat tunggu air, biar air tunggu rakyat – LGE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan Guan Eng menegur isu bekalan air di Pulau Pinang.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegur Ketua Eksekutif syarikat air negeri ketika sesi taklimat tertutup baru-baru ini, tular di media sosial.

Melalui rakaman itu, Ahli Parlimen Bagan itu menegaskan supaya lebih banyak lori tangki air disediakan di kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air dan tidak menekan penduduk di kawasan berkenaan untuk menyimpan air.

“Tempat kita kecil, mana cukup tempat untuk simpan banyak air. Perkara lain ialah, menjadi tanggungjawab kita memberikan air, jangan kata rakyat bertanggungjawab.

“Jangan lupa kita kerajaan, tugas asas ialah bagi air kepada rakyat. Kalau boleh kita pastikan, jangan bagi rakyat tunggu air, biar air tunggu rakyat,” katanya.

Guan Eng berkata demikian selepas Ketua Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K. Pathmanathan memaklumkan penduduk di kawasan terjejas yang perlu menyimpan air sekurang-kurangnya cukup untuk dua hari.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mengingatkan agar syarikat tidak membiarkan penduduk terbeban dengan masalah bekalan air tersebut dan memberi penyelasaian sewajarnya.

“Saya harap kalau boleh untuk tempoh masa ini, boleh sewa lebih banyak lori tangki air. Kalau tak cukup tambah lagi, boleh ambil dari luar negeri ini. Bagi lebih pada kawasan kritikal macam Bayan Lepas.

“Saya fikir kena belanja lebih sikit, jangan fikir untuk jimatkan wang. Sekarang bukan masa berjimat kerana kehidupan rakyat tergugat,” katanya.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan sebanyak 590,000 akaun pengguna PBAPP bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual susulan kerja pembaikan paip segera di Loji Rawatan Air Sungai Dua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI