fbpx

Bunyi aneh, bau pelik sebelum makhluk hitam misteri muncul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timblin bergambar di sebelah sebatang pokok ketika kejadian. - Facebook

WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat mendakwa bahawa dia secara tidak sengaja merakam gambar Bigfoot selepas mendengar bunyi aneh dan menghidu bau pelik ketika berada dalam hutan.

Akhbar Daily Star melaporkan, JJ Enrique Timblin menyiarkan dua gambar kejadian itu dalam kumpulan Facebook Pacific Northwest Bigfoot Photos, Videos & Sightings pada minggu ini.

Gambar pertama memaparkan situasi dia mencangkung di sebelah pokok besar, manakala gambar kedua menunjukkan susuk lembaga hitam misteri yang dipercayai makhluk digelar Bigfoot, berlegar-legar di belakangnya.

Menurut Timblin, gambar-gambar itu dirakam semasa dia menyertai perkhemahan di Hutan Hujan Hoh, Washington ketika musim panas lalu.

“Saya mendengar bunyi aneh pada hari itu dan menghidu bau pelik. Kami kemudian meninggalkan tempat tersebut kerana suasananya dirasakan amat pelik,” tulisnya. 

Hantaran yang dikongsikan itu menerima pelbagai komen dengan ada sebilangan netizen mengakui bahawa kawasan hutan yang dimaksudkan sememangnya dipercayai menempatkan Bigfoot.

Namun, ada sebilangan netizen yang lain mendakwa bahawa lembaga tersebut adalah beruang.

“Ia kelihatan seperti beruang. Namun, jika ia mempunyai bau aneh, mungkin bukan beruang,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI