fbpx

Tiga pengamal media dicekup ceroboh rumah MB Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
angkap layar ketiga-tiga suspek yang ditahan di kediaman rasmi MB Selangor.

SHAH ALAM – Tindakan tiga pengamal media sebuah syarikat tempatan menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar (MB) Selangor di Seksyen 7 di sini membawa padah apabila dicekup, semalam.

Kesemua suspek lelaki berusia 31 hingga 35 tahun ditahan kira-kira pukul 7.30 petang bersama sebuah kereta jenis Proton Waja yang digunakan mereka.

Penangkapan mereka itu tular menerusi video berdurasi 29 saat menerusi aplikasi X.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung pencerobohan tersebut kira-kira pukul 6.10 petang daripada pembantu operasi di kediaman rasmi MB Selangor.

Katanya, siasatan mendapati kesemua suspek menggunakan sebuah kereta memasuki kediaman tersebut melalui pondok pos pengawal utama tanpa mengemukakan sebarang jemputan secara rasmi daripada pihak kerajaaan negeri.

“Ketiga-tiga suspek memberi alasan untuk menghadiri satu mesyuarat yang diadakan di kediaman rasmi MB Selangor tetapi tidak mempunyai jemputan secara rasmi daripada pihak MB Selangor.

“Semakan mendapati mereka bekerja sebagai pengamal media di sebuah media tempatan dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, ketiga-tiga suspek kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

“Sabit kesalahan, membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda yang boleh sampai RM 1,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mira Noraien Norashid di talian 011-11430765,” ujarnya.

Mohd. Iqbal menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya kejadian seperti ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI