fbpx
TAMPAK gemalai di pentas ‘runaway’, hakikatnya si peragawati seksi, Haneesya Hanee punya semangat juang yang jitu dalam menyuarakan isu Palestin.

Haneesya Hanee, wajah ‘jahat’ hati kental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENGINJAK ke lembaran 2024 menguatkan lagi tekad wanita bernama Haneesya Hanee untuk melebarkan sayap lakonan sejak ligat di pentas peragaan sejak 2009.

Tidak kenal erti jemu, wanita tinggi lampai yang kerap ditawarkan watak antagonis itu sentiasa berusaha memperbaiki kekurangan menerusi pemerhatian dam berguru dengan senior di gelanggang seni.

Sedari kebanyakan jadual terisi tawaran peragaan dan menjadi model komersil, lakonan tetap diberikan keutamaan apatah lagi dia berasakan masih banyak karakter perlu digali.

“Saya bersyukur meraih kepercayaan penerbit dan pengarah apabila menjelang akhir 2023 saya diberikan watak dalam beberapa watak yang boleh dikatakan ‘back to back’.

“Itu semua rezeki yang bagi saya sebagai tanda kepercayaan produksi serta penerimaan penonton walau boleh dikatakan banyak watak antagonis saya bawakan.

“Sejujurnya peranan jahat juga mempunyai kepelbagaian dalam menterjemah sesuatu perwatakan yang dipinta pengarah sekali gus menawarkan pengalaman berbeza.

“Apabila diajukan sesuatu naskhah, saya banyak membuat rujukan daripada pemerhatian, berbincang bersama pasukan selain berguru dengan pelakon senior,” katanya.

Memberikan contoh drama bersiri Aku Bukan Ustazah yang bakal menemui penonton bulan depan, akui aktres berusia 23 tahun itu watak digalas bukan sebagai wanita perampas semata-mata namun punya tuntutan tertentu.

KEHADIRAN 2024 sememangnya dinantikan Haneesya untuk mengatur rentak lebih jitu sama ada sebagai aktres mahupun model komersial.

Hormati pelakon, kru

Pada masa sama, Haneesya mendedahkan setiap kali ‘turun’ set penggambaran, perkara paling diambil peduli adalah komunikasi dengan barisan pelakon serta kru yang menjadikan suasana kerja bertambah seronok.

“Ini adalah kerja saya, dan suasana positif membolehkan hasil kerja dapat direalisasikan dengan lebih baik dan saya bertuah dapat selalu bekerja dengan pasukan yang mantap.

“Cuma sebagai anak seni yang boleh dikatakan masih hijau, saya pastikan menghormati semua orang tambah-tambah terhadap bintang senior yang banyak curahkan ilmu.

“Tidak ke mana kalau menyombong atau membangga diri bahkan ibu pun selalu pesan agar jaga adab serta berdisiplin,” kata anak jati Pulau Pinang itu.

Ditanya mengenai komitmen dunia peragaan memandangkan jadual penggambaran yang mula padat, katanya pembahagian masa sangat penting dalam memastikan urusan kerja berjalan lancar.

PEMBEDAHAN memperbetulkan tulang belakang berikutan masalah skoliosis pada Mac lalu membuatkan Haneesya tidak lagi bergantung kepada ubat.

Bebas sakit

Wakil negara dalam pertandingan ratu cantik Miss City Tourism di China tahun 2021 itu juga berasa bertuah mempunyai ibu yang tertib dalam memastikan perjalanan kerjayanya teratur.

“Memang hujung minggu saya sentiasa terisi kalau tiada penggambaran pun, kebanyakan waktu saya bekerja pula memperagakan busana atau acara berkaitan fesyen.

“Mungkin disebabkan sudah bergelar model sejak umur belasan tahun membuatkan saya jadi workaholic (kuat bekerja) namun masih berpada-pada agar tidak mengganggu kesihatan,” kongsinya.

Terlanjur menyentuh isu kesihatan, Haneesya juga menzahirkan rasa syukur apabila kesihatannya kini pada tahap memberangsangkan sejak menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang pada Mac tahun lalu.

Biarpun sebelum itu hanya merahsiakan kesakitan dilalui sejak bertahun-tahun lamanya, hakikatnya dia kini sudah bebas daripada bantuan ubat penahan sakit.

“Alhamdulillah, mungkin sebab itu saya makin ligat ambil peluang berlakon dan modeling.

“Bukan bermakna dulu saya hadkan pergerakan, cuma selepas pembedahan saya sudah tak was-was ambil ‘job’ yang mencabar fizikal.

“Sekarang apabila sudah sihat, lagi rancak saya bekerja, tetapi kena tengok kemampuan diri. Pokok pangkalnya, jangan jadikan sakit sebagai kekangan kekal hidup aktif,” ujarnya.

HANEESYA memilih memperjuangkan nasib rakyat Palestin agar mesej disampaikan dapat mengajak lebih ramai individu lain untuk sama-sama membantah tindakan kejam rejim Zionis.

Kental sokong Palestin

Bukan hanya rancak dalam arena seni, wanita yang kerap menyuarakan pandangan dalam media sosial itu juga lantang membahaskan konflik ‘berdarah’ di Palestin.

Tiada masalah menahan terik matahari untuk turun padang menyertai bantahan terhadap kekejaman Israel di Gaza, dia sedar bahawa sebagai orang terkenal dia mempunyai tanggungjawab tersendiri.

“Kita ada pilihan dan saya saya tunjukkan tentangan terhadap Zionis dan sekutu mereka.

“Tolak ke tepi soal rugi terpaksa tolak ‘job’ kerana apa yang penting adalah semangat kita sesama Muslim bersama Palestin.

“Saya bersuara atas dasar kemanusiaan dan kata nista takkan menghalang suara saya untuk terus bercakap mengenai nasib rakyat Palestin,” katanya menutup bicara.

HNAEESYA megenepikan soal untung rugi saat memilih untuk terpaksa tolak ‘job’ tawaran kontrak label yang ada kaitan dengan Israel.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN