fbpx

Syarikat disiasat seleweng zakat MAIPk lebih RM9.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli ketika berucap pada sidang akhbar khas di Menara KPJ, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) disiasat selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat sebanyak RM9.62 juta.

Siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan zakat bermula Mac hingga September 2023.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kes tersebut antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat dalam tempoh tahun lepas.

Katanya, dua kes direkodkan di Selangor diikuti Terengganu (1) dan Perak (1).

“Kes di Perak mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM9,629,682 selepas disyaki telah gagal mendepositkan wang kutipan zakat dan kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih dijalankan dan terdapat individu yang akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar khas di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Ramli menegaskan JSJK memberikan amaran keras kepada pelaku-pelaku jenayah ini bahawa tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang akan diambil bagi memastikan jenayah sebegini tidak berulang.

Jelas beliau, kes tersebut amat mendukacitakan apabila wang zakat juga turut diseleweng oleh individu-individu yang diamanahkan untuk mengutip wang tersebut.

“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana zakat merupakan satu daripada lima rukun Islam yang menjadi pegangan setiap muslim.

“Sewajarnya, wang kutipan zakat diuruskan dengan baik dan penuh amanah agar ianya dapat dimanfaatkan sesuai dengan kehendak agama,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI