fbpx

Malaysia sedia bantu Jepun – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menerima plak penghargaan daripada King Sing sebagai simbolik pelancaran pada majlis penyerahan busana tradisional Malaysia fasa kedua di bawah inisiatif diplomasi budaya di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, hari ini. FOTO-FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia sedia membantu Jepun yang ditimpa dua kejadian musibah besar pada minggu ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Malah menurutnya lagi, Malaysia tiada masalah menawarkan sebarang bentuk bantuan diperlukan kepada kerajaan Jepun selain sokongan untuk mangsa-mangsa yang terlibat.

“Walau bagaimanapun, buat masa ini mereka memaklumkan bahawa Jepun mempunyai keupayaan amat baik dan mencukupi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Penyerahan Busana Tradisional daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sin, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau sudah berhubung dengan rakan sejawatannya, Yoko Kamikawa bagi menzahirkan perasaan simpati Malaysia terhadap mangsa.

“Kami juga sedang berhubung rapat dengan Kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur dan setakat ini boleh disahkan bahawa semua rakyat Malaysia di sana selamat,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI