fbpx

Malaysia kecam pengeboman Kerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian pengeboman di kawasan Perkuburan Kerman di bandar Kerman, Iran, semalam.

PUTRAJAYA – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pengeboman yang meragut kira-kira 95 nyawa di kawasan Perkuburan Kerman di bandar Kerman, Iran, semalam.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, Malaysia dengan tegas menolak sebarang tindakan ganas dan aktiviti keganasan dan menyeru agar mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan dengan kadar segera.

“Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang kehilangan insan tersayang dalam tragedi ini serta kepada kerajaan dan rakyat Iran.

“Malaysia turut mendoakan kesembuhan segera kepada mereka yang cedera,” katanya hari ini.

Jelas kenyataan itu, setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia terlibat dalam tragedi ini.

“Kedutaan Besar Malaysia di Tehran akan terus memantau perkembangan semasa dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.

“Rakyat Malaysia di Iran, khususnya yang berada di bandar Kerman, dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan semasa, mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan oleh pihak berkuasa tempatan,” ujarnya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Tehran di talian +98 21 880724444 atau +98 +98 21 88078606 atau e-mel ke [email protected] serta [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI