fbpx

[KEMASKINI] Masalah kewangan punca pekerja tikam majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita maut manakala teman lelakinya cedera dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Masalah kewangan dipercayai punca seorang pekerja bertindak nekad menikam majikannya dalam kejadian di hadapan sebuah kedai serbaneka di Taman Rasi Jaya, Menglembu di sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, berlaku perselisihan faham antara wanita berusia 49 tahun itu dengan suspek berusia 54 tahun sebelum lelaki terbabit bertindak menikam mangsa.

Katanya, mangsa yang juga pengusaha kedai aksesori telefon bimbit itu maut di lokasi kejadian dan pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada pukul 10.55 pagi.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati, mangsa yang maut merupakan seorang wanita warga tempatan manakala seorang lelaki dipercayai teman lelakinya berusia 42 tahun pula cedera,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Yusri berkata, dalam kejadian itu, suspek turut mengalami kecederaan dan berjaya diberkas polis dan siasatan lanjut mendapati suspek memiliki empat rekod jenayah lampau.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI