fbpx

Budak 3 tahun tersepit jari celah eskalator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya mengalami luka ringan pada jarinya. – TikTok

SINGAPURA – Seorang kanak-kanak berumur  tiga tahun selamat selepas jarinya tersepit di celah tangga eskalator di sebuah pusat beli-belah di Singapura, lapor akhbar The Straits Times semalam.

Dalam kejadian pukul 2.15 petang (waktu tempatan) kelmarin, kanak-kanak berkenaan bernasib baik kerana hanya mengalami luka ringan pada jarinya.

Menurut ibu mangsa, Sonia, kejadian berlaku ketika kanak-kanak berkenaan menaiki eskalator bersama neneknya dan enggan dipegang.

Dia sebaliknya meletakkan tangan pada rel eskalator  sebelum alat tersebut secara tiba-tiba bergerak ke arah belakang.

Kanak-kanak lelaki itu lantas terjatuh, menyebabkan jarinya tersepit di celah lantai eskalator yang turut berhenti berfungsi.

Jurucakap syarikat pengurusan pasar raya City Plaza berkata, kakitangannya bertindak pantas membantu mangsa dan keluarganya selepas dimaklumkan mengenai insiden itu.

“Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan ambulans tiba dalam masa 10 minit serta dan segera membantu mangsa,” ujarnya.

Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK dan dilaporkan berada dalam keadaan baik. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI