fbpx

Belasah isteri kerana mahukan surat nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Hanya kerana mahukan surat nikah, seorang lelaki tergamak memukul isterinya hingga cedera di beberapa bahagian badan di kediaman mereka di Taman Bukit Teratai, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada mangsa pada pukul 11 malam, Rabu lalu.

Katanya, kejadian berlaku selepas lelaki terbabit mahu mendapatkan surat nikah mereka yang disimpan isterinya yang berusia 23 tahun itu.

“Suspek yang berusia 24 tahun memukul mangsa menggunakan tangan sehingga mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian kaki, tangan dan muka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azam berkata, polis menahan suspek pada pukul 12.15 tengah hari kelmarin di Jalan Teratai 2/3 Taman Bukit Teratai.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati negatif dadah tetapi mempunyai satu rekod lampau dadah.

“Permohonan reman suspek di Mahkamah Ampang dibenarkan selama empat hari bermula semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI