fbpx

Perodua nafi tidak ambil tindakan aduan Bezza rosak lepas 8 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan milik Nagakanni yang hanya sempat digunakan selama lapan jam selepas diambil dari sebuah pusat jualan Perodua di Segamat, Johor.

PETALING JAYA – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) tampil menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihaknya untuk menyelesaikan isu sebuah Perodua Bezza yang didakwa rosak selepas lapan jam digunakan.

Ketua Pegawai Operasinya, JH Rozman Jaafar berkata, pihaknya sudah berkomunikasi dengan pelanggan terbabit sejak Oktober tahun lalu berhubung masalah berkenaan.

Katanya, beberapa langkah juga telah diambil untuk menyelesaikan isu terbabit termasuklah dengan menawarkan kereta sementara untuk digunakan serta pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan.

“Perodua juga telah memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau dan kami juga ingin ini.

“Siasatan menyeluruh berhubung isu ini sedang dijalankan dan kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, JH Rozman turut memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Terdahulu, seorang kerani meluahkan rasa kecewa apabila kenderaan yang baru dibeli hanya sempat digunakan selama lapan jam sebelum rosak dan dibiar tersadai di pusat servis.

Menurut perkongsian wanita itu yang dikenali sebagai Nagakanni Subramaniam, apa yang mengecewakan adalah dia masih perlu membayar ansuran bulanan seperti biasa selain permintaannya untuk mendapatkan kenderaan baru daripada pihak Perodua juga tidak berjaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI