fbpx

Negeri Sembilan lulus SOP berkaitan NR-REE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan prosedur operasi standard (SOP) bagi perlombongan sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini untuk memantau perkembangan aktiviti perlombongan tersebut termasuk hasil yang diperoleh.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan meluluskan SOP itu hari ini dan antara keputusan yang diambil adalah semua pembangunan berkaitan NR-REE mesti mempunyai usaha sama dengan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI) Negeri Sembilan.

“Sudah ada permohonan daripada pihak swasta, namun syarikat perlombongan itu mesti ada JV (usaha sama) dengan kerajaan negeri supaya kita tahu berapa hasil yang keluar selain mahu memantau sama ada terdapat kesan kepada tanah berhampiran. MBI akan melantik pihak geologi bagi memastikan ia dapat dikawal,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, kaedah perlombongan yang akan digunakan dari China, tetapi kerajaan negeri terbuka untuk menerima syarikat-syarikat lain namun perlu membentangkan kaedah yang mahu digunakan dan setakat ini sumber REE dikenal pasti berada di daerah Jelebu serta Kuala Pilah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI