fbpx

100 pelajar UUM terima bantuan awal Yayasan Bank Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syaiful Rizal menyampaikan Bantuan Awal Pengajian kepada pelajar UUM yang terdiri daripada golongan B40.

PETALING JAYA – Seramai 100 orang pelajar semester satu hingga tiga di peringkat Diploma dan Ijazah Sarja Muda Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima Bantuan Awal Pengajian (BAP) daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, bantuan sebanyak RM100,000 itu akan memanfaatkan pelajar B40 di UUM sebagai inisiatif pertama bagi tahun 2024.

“Semoga pemberian insentif ini memberi semangat kepada para pelajar untuk meneruskan sesi pengajian dan meningkatkan motivasi mereka untuk kekal cemerlang.

“Diharapkan melalui bantuan ini menjadikan azam tahun baru pelajar semakin membara dan sedikit sebanyak pelajar dapat menggunakan bantuan tersebut bagi pembelian kelengkapan alatan pembelajaran yang masih belum mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Replika cek Bantuan Awal Pengajian serta upacara perasmian dan gimik penyerahan telah disampaikan oleh Syaiful Rizal sempena Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian di UUM.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Naib Canselor UUM, Profesor Dr. Mohd Foad Sakdan; Ketua Bahagian Operasi, Mohd Mukhti Abd Rahman; Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Arifin dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Syaiful Rizal berkata, YBR sentiasa prihatin serta menyokong dalam memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk mendapat kualiti pendidikan yang sama rata.

“YBR akan kekal meneruskan komitmen bagi membangunkan komuniti berpendidikan selaras dengan mandat dan halatuju YBR, untuk menjadikan kehidupan masyarakat bertambah maju, berkualiti serta berdaya saing.

“Dalam sesi yang berlainan, bantuan ini juga akan seterusnya akan dijalankan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan turut melibatkan 100 orang pelajar,” katanya.

Terdahulu, bantuan itu melibatkan 100 pelajar semester satu hingga tiga di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang dari kalangan keluarga B40 dan pemilihan mereka telah dikenalpasti oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM dan UniMAP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI