fbpx

Murid terjejas banjir boleh hadir ke sekolah berpakaian biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina pada sidang akhbar berhubung situasi terkini institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia terkesan bencana banjir di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kebenaran kepada murid-murid yang terjejas akibat banjir untuk hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sekolah perlu memaklumkan kepada murid yang kediamannya dilanda banjir bahawa mereka boleh hadir menggunakan pakaian biasa, sekiranya kesemua pakaian musnah semasa bencana itu.

“Bagi anak-anak yang terjejas dengan banjir yang mana pakaian mereka juga hanyut atau total loss’ (sehingga) menyebabkan mereka tiada pakaian ke sekolah, kita setuju bahawa mereka boleh datang ke sekolah menggunakan pakaian biasa, asalkan (mereka) berpakaian, mereka boleh datang dengan pakaian sesuai.

“Ini adalah sisi pendidikan manusiawi yang mesti kita ambil kira dalam konteks memastikan akses mereka ke sekolah untuk pendidikan tetap dijamin walaupun terjejas dengan situasi banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas berhubung situasi terkini institusi pendidikan KPM terkesan bencana banjir di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI