fbpx

Lelaki tempatan disyaki ‘orang penting’ dadah dicekup di Laos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO ihsan: ONCB Thai di Facebook

BANGKOK – Seorang lelaki tempatan ditahan di Laos pada 29 Disember lalu, selepas diburu polis Thailand kerana bergiat aktif dalam aktiviti penyeludupan dadah.

Penolong Ketua Polis Negara, Leftenan Jeneral Panurat Lakboon berkata, suspek berusia 39 tahun itu dipercayai raja dadah dan ‘orang penting’ sindiket difahamkan bersembunyi di Laos.

Katanya, hasil siasatan Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) mendapati suspek disyaki sebagai dalang utama dalam membekal dan menyelaras aktiviti dadah di kawasan Segitiga Emas sejak 2006.

“Suspek terlibat dengan rangkaian dadah di seluruh Thailand, Malaysia, China, Singapura dan Laos.

“Selain itu, suspek juga menggunakan Thailand untuk aktiviti pengubahan wang haram dan sebagai tempat transit penyeludupan dadah ke negara lain seperti Malaysia, Taiwan dan Australia.

“Penahanan itu adalah hasil siasatan berterusan dan kerjasama rapat antara agensi penguatkuasa Thailand, Malaysia dan Laos,” katanya dalam kenyataan di Facebook 31 Disember lalu.

Jelasnya, hasil penangkapan lelaki terbabit juga membongkar dia sebagai suspek utama berhubung rampasan metamfetamin seberat 998 kilogram dan penahanan tujuh suspek lain di wilayah Ratchaburi, pada Jun tahun lalu.

Sehubungan itu, pihaknya merampas aset suspek yang berada di Bangkok, Trat, Chiang Rai dan Chon Buri, Thailand yang mana nilai keseluruhannya adalah 85 juta baht (RM11.4 juta).

Aset yang dirampas adalah sebidang tanah dengan bangunan, kondominium (2), kapal layar (3), kereta (2), motosikal (3), senjata api (3), wang tunai dan aset-aset lain. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI