LONDON – Satu rakaman video memaparkan pengakuan beberapa askar Israel yang menyasarkan bayi dan kanak-kanak Palestin dalam serangan mereka.
Video tersebut kemudian mencetuskan kemarahan meluas pengguna platform media sosial, lapor laman berita Arab News semalam.
Dalam video tersebut, seorang askar Israel mengaku mengenai niatnya untuk mencederakan bayi, namun akhirnya dia membunuh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.
Anggota tentera itu kedengaran memberitahu rakannya: “Kami sedang mencari bayi tetapi tiada bayi yang tinggal.”
Satu lagi video menerima kecaman hebat apabila ia memaparkan seorang askar berbeza mengaku menembak dua kanak-kanak yang bermain bola sepak di Semenanjung Gaza.
“Saya baru sahaja pergi ke Gaza dan terdapat dua kanak-kanak kecil bermain bola sepak. Jadi, apa yang saya buat? Saya mengambil senjata dan menembak mereka di kepala,” katanya. – AGENSI