fbpx

Warga emas ditemui rentung bawah timbunan zink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran dan menyebabkan penghuninya, Noorsiah ditemui rentung dibawah timbunan atap zink.

BATU PAHAT – Seorang wanita warga emas ditemui rentung di bawah timbunan atap zink selepas kediamannya musnah dijilat api dalam kejadian di Parit Gaung, Parit Sulong disini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.45 pagi menyebabkan rumah papan didiami Noorsiah Saharan, 78, yang terletak di kawasan terpencil musnah dalam kebakaran itu.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa hidup seorang diri di rumah berkenaan dan cuba menyelamatkan diri dalam kejadian itu berdasarkan kedudukan mayat ketika dijumpai.

“Siasatan juga mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut, bagaimana pun siasatan masih diteruskan oleh Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat serta pengecaman mayat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga,” katanya pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram, Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, tiada kerja-kerja pemadaman dijalankan kerana api telah terpadam dengan sendiri ketika disedari oleh jiran mangsa.

Ujarnya, disebabkan lokasi rumah mangsa agak terpencil, menyebabkan kebakaran tersebut tidak disedari oleh orang awam.

“Kejadian disedari oleh penduduk kampung kira-kira pukul 8.30 pagi dan pemeriksaan mendapati hampir 50 peratus dari keseluruhan rumah mangsa musnah dalam kebakaran itu. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI