fbpx

[VIDEO] Gempa bumi Jepun: Rakyat Malaysia termasuk pelajar dilaporkan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video gempa bumi Jepun yang tular di media sosial, hari ini.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia di Jepun, termasuk pelajar dan pegawai di Kedutaan Malaysia dilaporkan selamat susulan gempa bumi kuat yang melanda negara tersebut, hari ini.

Menurut sumber pihak berkuasa, Kedutaan Malaysia juga sedang memantau sebarang perkembangan terkini dengan pihak berkuasa di Jepun.

Dalam pada itu, enam orang pelajar Malaysia di Jepun yang sedang bercuti di Ishikawa juga dilaporkan dalam keadaan selamat.

Menurut laporan media, ketika ini mereka sedang berlindung di kawasan tinggi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan tengah Jepun hari ini sekali gus mencetuskan amaran tsunami.

Gegaran daripada gempa tersebut turut dirasai di Tokyo dan seluruh wilayah Kanto.

Menurut agensi berita AFP, gelombang tsunami berbahaya mungkin berlaku di sepanjang pantai Jepun dalam jarak 300 kilometer dari pusat gempa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI