fbpx

Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi Jepun – Wisma Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan tengah Jepun hari ini sekali gus mencetuskan amaran tsunami. - GAMBAR HIASAN.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat gempa bumi yang berlaku di wilayah Ishikawa, Jepun hari ini.

Susulan itu, Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo boleh dihubungi menerusi alamat 20-16, Nanpeidai-cho, Shibuya-ku, 150-0036 Tokyo atau talian telefon +81-3-3476-3840 dan +8180-3913-3840 (kecemasan).

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau rapat perkembangan gempa bumi yang melanda kawasan tengah dan barat Jepun itu.

Katanya, Gempa bumi dengan magnitud 7.6 itu telah mencetuskan amaran tsunami sepanjang kawasan pantai barat Jepun.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat daripada insiden gempa bumi ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI