fbpx

Kematian dua beranak dalam kebakaran tiada unsur jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GERIK – Polis mengesahkan kematian dua beranak yang rentung dalam kebakaran sebuah pondok di kawasan dusun di Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda dekat sini hari ini, tiada kaitan dengan sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Gerik mengesahkan punca kematian dua wanita itu disebabkan kecederaan akibat kebakaran.

“Pemeriksaan pada tubuh kedua-dua mangsa juga tidak menjumpai apa-apa kecederaan yang boleh menjurus kepada perlakuan jenayah.

“Punca kebakaran belum diketahui dan masih dalam siasatan pihak bomba. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, maklumat mengenai kebakaran tersebut diterima pada pukul 7 pagi dan lokasi pondok yang diperbuat sepenuhnya daripada kayu itu terletak jauh dari jalan utama.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada saksi kejadian iaitu suami dan bapa mangsa, dia menyedari kebakaran itu bermula di bahagian dapur sekitar pukul 4 pagi.

“Mangsa cuba menyelamatkan isteri dan anaknya namun tidak berupaya. Dia segera meminta bantuan penduduk berhampiran, namun apabila kembali ke lokasi, pondok tersebut telah pun hangus terbakar,” katanya.

Tambahnya, saksi memaklumkan pondok itu dibina bagi tujuan menjaga kebun dan dilengkapi lampu solar dan kelengkapan memasak.

Dalam kejadian pada awal pagi tadi, mangsa, Rahmah Zainon, 76, ditemukan rentung bersama anak perempuannya, Razilawati Mohamad, 43, yang cacat penglihatan dalam kebakaran sebuah pondok di dusun buah-buahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI