fbpx

Harap nasib anak terbela, ada keadilan – Ibu Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian video Ismanira di Instagramnya.

PETALING JAYA – Ibu kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, iaitu Ismanira Abdul Manaf tidak berputus harap agar nasib anak istimewanya itu terbela selepas disahkan mati dibunuh awal Disember lalu.

Ismanira dalam satu hantaran video di Instagramnya semalam berkata, dia dan keluarga akan terus bertabah menghadapi ujian meskipun ia amat berat untuk dilalui.

Katanya, dia mengharungi tahun baharu dengan penuh kedukaan serta harapan agar ada sinar keadilan buat Zayn Rayyan kelak.

“Selamat tahun baru 2024. Kali ini saya melangkah tahun baru dengan duka dan harapan. Harapan agar nasib anak saya terbela, semoga ada keadilan buat anakku.

“Sepanjang tahun 2023, kami bahagia, sering bercuti dan luang masa bersama. Namun, akhir tahun ini kami tak jangka, kami diuji sampai ke tahap ini..tak tertanggung rasanya.

“Ujian ini sangat berat bagi saya dan kami sekeluarga, namun tetap harus tabah. Semoga kita disatukan semula di syurga Allah, syurga yang kehidupannya kekal abadi selamanya,” tulisnya.

Video berdurasi lebih satu minit yang sarat dengan momen sedih serta kenangan bersama Zayn Rayyan, sekali lagi merenggut hati para pengikut Ismanira yang sentiasa menantikan perkembangan terbaharu mengenai kes itu.

Terdahulu pada 30 Disember lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu maklum balas daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berhubung semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak terbabit.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semakan itu berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.

Jelasnya, siasatan masih lagi diteruskan termasuk operasi pencarian bukti di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI