fbpx

Bah di Kelantan semakin pulih, mangsa tinggal 26 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah rumah penduduk di Kampung Tersang, Rantau Panjang yang masih bertakung air banjir termenung hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Situasi banjir di Kelantan hampir pulih sepenuhnya apabila hanya seramai 26 orang masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 4 petang tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, tujuh buah PPS di Tumpat dan Kuala Krai ditutup sepenuhnya hari ini.

Menurutnya, 26 mangsa banjir yang terjejas itu ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To’ Deh, Pasir Mas.

“Selain itu, lima buah PPS di Tumpat iaitu SK Bunohan, SK Pengkalan Kubor 1, SK Pengkalan Kubor 2, SK Kubang Batang dan Sekolah Menengah Kebanysaan (SMK) Kubang Batang ditutup pada pukul 3.25 petang tadi.

“Dua buah PPS masing-masing di SK Kedai Tanjong, Pasir Mas dan SMK Manek Urai, Kuala Krai ditutup pada waktu yang sama,” katanya

Menurut kenyataan itu, Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada pada paras bahaya manakala Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Sungai Golok (Kuala Jambu, Tumpat) mencatatkan bacaan berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI