fbpx

Pengantin basah kuyup pelamin runtuh atas kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin kelihatan basah selepas terjatuh dari pentas. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sepasang pengantin terjatuh ke dalam kolam renang selepas pentas yang dijadikan pelamin mereka runtuh.

Portal berita Wolipop melaporkan, video kejadian dimuat naik oleh jurusolek pengantin tersebut dalam akaun TikTok @fahmiirawan. 

Orang ramai dilihat menyelamatkan pasangan pengantin yang terjatuh dari pentas yang dibina di atas sebuah kolam renang. 

Wolipop menghubungi jurusolek tersebut, Fahmi Irawan yang ketika itu berada di lokasi kejadian. 

Menurutnya, pasangan pengantin itu melangsungkan majlis perkahwinan bertemakan ‘underwater’ di Solo, wilayah Jawa Tengah pada 22 Disember lalu.

“Kejadian itu adalah kemalangan, Alhamdulillah tidak siapa yang cedera. Pengantin kemudian merakam gambar di dalam air ketika memakai busana lengkap,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI