fbpx

Bagus Zain, awal ajar Aaishah siang ikan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi mencuit hati anak Che Ta iaitu Aaishah Dhia Rana belajar menyiang ikan daripada bapanya, Zain yang mendapat pujian ramai peminat.

ISU tidak pandai menyiang ikan memang antara topik bualan hangat sepanjang minggu ini.

Setiap hari ada sahaja yang berkongsi ilmu mengenai proses menyiang ikan dalam media sosial.

Terbaharu, aktor Zain Saidin pula memgajar anaknya, Aaisyah Dhia Rana yang baru berusia sembilan tahun itu menyiang ikan.

Aksi mereka meraih perhatian ramai yang rata-rata memuji inisiatif Zain mengajar anaknya melakukan kerja-kerja dapur ketika masih kecil.

“Bagus Zain, ajak anak buat kerja dapur. Nanti sudah besar tidaklah kekok nak siang ikan.

“Aaisyah pun comel sahaja ketika belajar siang ikan. Harap jadi contoh pada orang lain,” kata netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI