fbpx

14 kes Covid-19 melibatkan mangsa banjir di PPS dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 14 kes baharu Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu masing-masing sembilan kes di Kelantan serta lima kes di Terengganu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kes Covid-19 itu dikelaskan sebagai sporadik di mana 12 daripadanya mempunyai gejala ringan dan dirawat di PPS atau di rumah, manakala dua kes memerlukan rawatan di hospital.

“Selain itu, melalui aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit dijalankan setiap hari di 103 PPS, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesan sebanyak 183 kes jangkitan kulit, 125 kes Acute Respiratory Infection (ARI), tujuh kes konjunktivitis dan tiga kes Acute Gastroenteritis (AGE).

“Semua kes adalah stabil dan telah diberi rawatan pesakit luar di PPS terbabit. Tiada kes kesihatan mental dirujuk kepada kaunselor atau Pakar Perubatan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurutnya, satu kejadian wabak konjunktivitis turut dilaporkan pada 26 Disember 2023 di PPS Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Pasir Mas, Kelantan.

Katanya, kesemua kes telah diberi rawatan, pendidikan kesihatan dan diisolasi di PPS berkenaan oleh pasukan perubatan.

“Pada masa sama, terdapat sebanyak 51 fasiliti kesihatan KKM terjejas banjir di tiga negeri iaitu Kelantan 23 buah selain Terengganu (11) dan Pahang (17).

“Sebanyak 34 fasiliti kesihatan masih beroperasi seperti biasa, manakala, 16 fasiliti kesihatan telah berpindah operasi ke fasiliti alternatif dan satu fasiliti kesihatan tidak dapat beroperasi kerana terputus hubungan,” katanya.

Susulan itu, Dr. Dzulkefly berkata, orang ramai masih boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan termasuk fasiliti alternatif seperti biasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI