fbpx

Lima hari tak kelihatan, nenek hidup ‘sebatang kara’ meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis di lokasi seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Kerdas, Gombak, kelmarin.

GOMBAK – Seorang wanita warga emas yang tidak kelihatan oleh jiran tetangga selama lima hari ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya di Kampung Kerdas, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, seorang lelaki yang juga jiran mangsa memaklumkan tidak melihat wanita berusia 73 tahun itu keluar rumah selama lima hari.

Justeru itu, Ariffin berkata, kira-kira pukul 5.30 petang, pengadu telah menghubungi pihak polis dan bomba untuk mendapat bantuan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak sedarkan diri di ruang tamu. Penolong pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah membuat pemeriksaan terhadap mangsa dan mengesahkan wanita itu telah meninggal dunia.

“Wanita tersebut dimaklumkan hanya tinggal berseorangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mangsa mempunyai sejarah penyakit kencing manis, asma dan sakit tulang belakang sejak beberapa tahun yang lalu.

“Mangsa juga pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh. Pihak polis mengesahkan tiada sebarang unsur-unsur jenayah,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI