fbpx

Gelombang ketiga: Mangsa banjir Terengganu kekal 10,145 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta terperangkap di dalam banjir di Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir gelombang ketiga di Terengganu yang masuk hari kelima hari ini tidak banyak berubah dengan 10,145 mangsa daripada 2,794 keluarga masih berada di 114 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Hulu Terengganu kekal paling terjejas dengan 3,208 mangsa daripasa 946 keluarga berada di 28 PPS.

“Seramai 2,796 mangsa daripada 758 keluarga pula berada di 32 PPS di Dungun.

“Sebanyak 25 PPS yang menempatkan 1,781 mangsa daripada 511 keluarga dibuka di Setiu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Kemaman mempunyai 1,183 mangsa daripada 326 mangsa di sembilan PPS.

Tambah beliau, seramai 881 mangsa daripada 179 keluarga masih berada di 13 PPS di Besut.

“Sebanyak tiga PPS yang mempunyai 150 mangsa daripada 37 keluarga telah dibuka di Kuala Terengganu.

“Marang pula mempunyai 133 mangsa daripada 34 keluarga di dua PPS. manakala seramai 13 mangsa daripada tiga keluarga berada di dua PPS di Kuala Nerus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI