fbpx

[VIDEO] Rumah tiang kuning ‘viral’ lagi, benteng putih jadi penyelamat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun TikTok.

PETALING JAYA – Pengguna media sosial hari ini sekali lagi berasa kagum melihat persediaan rapi pemilik rumah yang pernah tular pada tahun lalu kerana membuat benteng bagi menghalang air banjir masuk.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ieqashaaa di akaun TikToknya, kejadian dirakam kira-kira pukul 12 tengah hari semalam di kawasan sekitar Pasir Puteh, Kelantan.

Kelihatan di dalam video berkenaan, pemilik rumah tersebut meletakkan benteng yang dibalut plastik putih di laluan masuk halaman rumah untuk menghalang air masuk.

Ternyata tindakan bijak itu berjaya menghalang rumah berkenaan dinaiki air walaupun kawasan sekitar tersebut telah pun berada dalam keadaan banjir akibat hujan lebat berterusan.

“Masya Allah bijak sungguh tuan rumah ini buat benteng sampai air tak masuk langsung dalam halaman rumah,” tulis wanita yang merakam video tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 5.1 juta tontonan, 165,400 tanda suka dan 3,514 perkongsian.

Dalam pada itu, wanita yang merakam benteng buatan ini turut menjelaskan pemilik menggunakan sejenis kayu panjang yang dibaluti dan disendal dengan plastik berwarna putih.

“Kemudian tuan rumah kepitkan plastik itu dan sendal atau tindih dengan batu-bata. Jadi air memang tak masuklah. Mungkin masuk sikit tapi tak perlu alih kereta macam orang lain.

“Kalau tengok pun sekeliling rumahnya, tuan rumah pernah dirikan dan simen batu-bata sebagai benteng. Saya dah minta kebenaran saudara tuan rumah untuk ‘review’ benteng ini,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang kagum dengan kekreatifan tuan rumah tersebut untuk mengelakkan air banjir memasuki rumah.

“Mungkin dia dah penat sebab tiap tahun air masuk. Kena bersih rumah, jadi dia cari penyelesaian macam ni. Baguslah,” komen Miss Asma.

“Sebab tuan rumah dah mengalami banjir banyak kali. Jadi dia fikir untuk elal air masuk dekat rumah dia sekiranya berlaku banjir,” komen Juasama.

“Rumah saya pun buat macam ni. Banjir memang acara tahunan dah. Bukan tak masuk tapi okay lah sikit. Kalau tak, jenuh nak cuci,” komen Wanies pula.

Pada tahun lalu, pemilik rumah yang sama pernah tular sehingga mencuri perhatian penduduk setempat kerana mencipta benteng bagi menghalang banjir memasuki rumah. – KOSMO! ONLINE

@ieqashaaa Gelombang ketiga sudah tiba🥲 btw no plate tu sape punya, owner tolong dtg kutip😂 #banjir2023 #banjir #pasirputeh #gelombangke3 #ieqasha___ ♬ original sound – 🅰️𝖎𝖉𝖎𝖊𝖑 .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI