fbpx

Suami isteri didakwa angkut migran warga Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPASANG suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini atas pertuduhan membawa 10 migran yang diseludup di Hutan Melintang, bulan lalu.

TELUK INTAN – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membawa 10 migran yang diseludup di Hutan Melintang bulan lalu.

Tertuduh, Kamarulzaman Abd Wahab, 60, dan isterinya, Supiani, 54, didakwa bersama-sama sebagai operator sebuah kenderaan jenis Nissan Serena bernombor pendaftaran ADN 7233 telah didapati mengangkut 10 migran warga Indonesia yang diseludup.

Pasangan suami isteri itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Jalan Batu 12, Jalan Bagan Datoh, Hutan Melintang dalam daerah Hilir Perak pada pukul 5.30 pagi, 29 November 2023.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nazreen Zabarudin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 27 Februari depan untuk sebutan semula bagi pengurusan kes dan mendapatkan izin untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Pada 12 Disember lalu, 10 migran warga Indonesia yang dibawa pasangan suami isteri itu telah dituduh mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia secara haram di Mahkamah Majistret Teluk Intan.

Kesemua tertuduh dijatuhi hukuman penjara empat bulan dari tarikh ditangkap dan satu sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI