fbpx

Mangsa banjir di 4 negeri meningkat hampir 26,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK kampung mula berpindah dan menyelamatkan barang-barang di Kampung Jelujok, Tumpat, Kelantan. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

PETALING JAYA – Jumlah keseluruhan mangsa banjir di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor setakat ini mencecah 25,946 orang daripada 7,541 buah keluarga.

Berdasarkan maklumat Info Bencana JKM, setakat pukul 2 petang tadi, Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi dengan 15,188 mangsa daripada 4,608 keluarga.

“Di Terengganu, seramai 10,251 mangsa terdiri daripada 2,802 buah keluarga, manakala Pahang pula menurun kepada 503 mangsa terdiri daripada 130 keluarga.

“Di Selangor, hanya empat mangsa terlibat terdiri daripada sebuah keluarga,” katanya.

Dalam masa sama, sebanyak 238 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sehingga kini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya,buruk dan waspada yang melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, dan Perak hingga hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku sehingga Rabu ini.

“Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur dan utara Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

“Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI