fbpx

Kanak-kanak lelaki tergelincir ditemui lemas | 15 Minit Terkini 26 Disember 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas, pagi ini selepas dipercayai terjatuh ke dalam muara sungai di Kampung Kurnia Jaya, Tawau semalam.

Dalam penemuan sekitar pukul 6.45 pagi itu, mayat sebagai Adwa Iman Muhammad Iswan berusia dua tahun ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa ditemui oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia pihak berkuasa.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN