fbpx

Isteri A. Samad Said, Salmi Manja meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DBP mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham Saleha atau nama penanya, Salmi Manja.

PETALING JAYA – Isteri kepada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said iaitu Saleha Abdul Rashid dilaporkan meninggal dunia tengah hari tadi.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada hantaran di media sosial memaklumkan, Allahyarham Saleha, 87, atau nama pena beliau, Salmi Manja kembali ke rahmatullah di kediamannya di Subang Jaya.

Pemergian beliau turut dimaklumkan oleh anaknya, Helmy menerusi hantaran Facebook hari ini.

“Jenazah Allahyarham Saleha dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Masjid Al Irsyad, Subang Jaya serta dijangka dikebumikan selepas solat isyak di Tanah Perkuburan USJ22,” katanya hari ini.

Allahyarham merupakan bekas wartawan, penulis veteran, penyair dan novelis dalam kalangan pengarang wanita di Malaysia.

Antara karya novel Allahyarham Saleha seperti Hari Mana Bulan Mana dan Sayang Ustazah Sayang selain beberapa novel lain, antologi cerpen dan antologi puisi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI