fbpx

Wanita dua rahim lahir bayi kembar selang sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hatcher dan Roxi (kiri) serta Rebel (kanan) berada dalam keadaan sihat. – AFP

BIRMINGHAM, ALABAMA – Seorang wanita dari Birmingham, Alabama yang mempunyai dua rahim melahirkan sepasang bayi kembar dalam masa dua hari, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Kelsey Hatcher, 32, melahirkan bayi pertamanya, Roxi, pada 19 Disember lalu menerusi kaedah kelahiran normal di Hospital Universiti Alabama Birmingham (UAB).

Bayi kedua, Rebel dilahirkan lebih 10 jam kemudian pada keesokan harinya menerusi kaedah pembedahan. 

Seorang doktor pakar yang terlibat dalam kelahiran tersebut, Profesor Rochard David berkata, meskipun bayi-bayi tersebut masih dianggap kembar, mereka mempunyai ruang sendiri untuk membesar ketika berada di dalam rahim.

Hatcher mendapat tahu bahawa dia memiliki dua rahim ketika berusia 17 tahun.

UAB menyifatkan keadaan itu sebagai anomali kongenital yang jarang berlaku di mana ia dialami hanya 0.3 peratus wanita di dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI