fbpx

Cipta aktiviti tidak bermoral, Roblox berbahaya untuk kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar permainan video Roblox yang memaparkan aktiviti tidak bermoral.

PETALING JAYA – Permainan video terkenal, Roblox dikhuatiri boleh mendatangkan mudarat kepada penggunanya khususnya kanak-kanak.

Ini kerana permainan itu memberi peluang kepada pemain untuk mencipta apa jua situasi termasuk aktiviti tidak bermoral.

Menurut seorang kaunselor ibu bapa bertauliah, Mohd. Fhais Salim, beliau pernah berkongsi tentang ‘bahaya tersembunyi’ permainan video itu pada tahun lepas.

“Bukan semua permainan video Roblox begini, tetapi ada banyak sangat permainan yang tidak elok dan banyak membawa mudarat yang kita semua tidak tahu.

“Yang pasti anak-anak kita semua boleh tahu! Roblox bukan sekadar permainan, tetapi ia adalah satu ‘open platform’ (platform terbuka) membina permainan.

“Jadi sesiapa sahaja boleh bina permainan ikut imaginasi mereka. ‘Your imagination is your limit’. Bahaya! Jangan leka, jangan alpa dan jangan menyesal di kemudian hari nanti,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambah Mohd. Fhais, jika diperhatikan penstrim di platform media sosial lebih banyak permainan video yang membawa mudarat dan tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Sehingga kini, hantaran itu mendapat 3,200 tanda suka dan 2,300 perkongsian.

Roblox adalah platform penciptaan permainan yang membolehkan pemain membuat permainan sendiri menggunakan mesin proprietari, Roblox Studio.

Setakat ini pengguna Roblox sudah mengeluarkan lebih 20 juta permainan dalam platform tersebut dan ada yang dapat menjana keuntungan sehingga AS$1 juta setahun.

Walaupun permainan ini boleh dimainkan secara percuma, namun ramai kanak-kanak yang membeli dan membelanjakan matawang maya yang dipanggil Robux untuk mendapatkan barang-barang estetik Roblox. – KOSMO! ONLIME

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI