fbpx

Kereta tersangkut pada dinding banglo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu kereta itu dilaporkan tertekan pedal minyak semasa meletak kenderaan. - Salisbury Journal/Solent News

LONDON – Sebuah kereta dilaporkan tersangkut pada dinding sebuah rumah banglo di Britain selepas pemandunya terbabas, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Gambar kejadian di sebuah kediaman di Salisbury, Wiltshire memaparkan kereta Vauxhall berwarna biru itu terperosok ke dalam dinding batu-bata. 

Ketika kejadian, pemandunya dilaporkan terperangkap di dalam kereta dan anggota bomba terpaksa memotong bahagian kenderaan itu untuk mengeluarkan mangsa pada Rabu lalu.

Pasukan bomba menggunakan peralatan hidraulik ketika operasi menyelamat di Shelly Drive sekitar pukul 10.40 pagi (waktu tempatan).

Seorang jiran, Jeremy Tooze berkata, pemandu  tersebut tersilap menekan pedal minyak semasa meletakkan keretanya. 

“Ia masih ada di sana,” kata Debbie Mallet yang juga tinggal di kejiranan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI