fbpx

Zon Kewangan Khas Forest City akan tarik FDI lebih tinggi ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faez Jumabhoy (gambar kecil).

ISKANDAR PUTERI – Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan Forest City di sini sebagai Zon Kewangan Khas (SFZ) mampu menyuntik pelaburan langsung asing (FDI) lebih tinggi bukan sahaja kepada Johor, tetapi juga kepada Malaysia.

Penganalisis ekonomi dan pakar hartanah, Faez Jumabhoy yang juga merupakan Pengarah di Globus Holdings Limited (HK) berkata, perkara itu bagaimanapun perlu melihat kepada pelaksanaan dasar dan insentif yang dapat memudahcara urusan menjalankan perniagaan di kawasan terlibat.

Katanya, insentif itu juga perlu bersifat melengkapi ekosistem ekonomi di Singapura yang merupakan hab kewangan utama di rantau Asia Tenggara.

“Sekiranya SFZ di Forest City dapat dijayakan, ia akan memberi kesan positif kepada pasaran ekonomi negara khususnya. Sebagai rakyat Malaysia, saya mengalu-alukan pelaburan asing strategik, beretika dan berdaya maju yang akan beri manfaat kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.

“Sebagai contoh, Zon Perindustrian Bebas di Bayan Lepas, Pulau Pinang merupakan zon perdagangan bebas di Malaysia yang dibangunkan pada tahun 1972. Limpahan ekonomi daripada inisiatif itu dapat dilihat di seluruh negeri Pulau Pinang.

“Ia bukan sahaja meningkatkan sektor ekonomi tetapi turut merancakkan pembangunan infrastruktur, peluang pekerjaan, hartanah, rekreasi dan sektor perkhidmatan tempatan. Situasi sama dijangka akan berlaku apabila terdapat zon ekonomi serupa yang dibangunkan di negara ini pada masa depan,” katanya.

Tambah Faez, Johor mempunyai infrastruktur asas yang lengkap untuk menyokong pelaksanaan usaha tersebut dengan kemudahan seperti lapangan terbang antarabangsa, sempadan darat antarabangsa juga pelabuhan antarabangsa.

Pada 25 Ogos lalu, Anwar mengumumkan Forest City akan dijadikan sebagai Zon Khas Kewangan baharu negara bertujuan meningkatkan pelaburan di kawasan berkenaan, sekali gus merancakkan sektor ekonomi setempat dan kawasan sekitarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI