fbpx

SPRM cari mangsa sindiket jual darjah kebesaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih giat mengesan mangsa-mangsa penipuan sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu yang ditumpaskan awal bulan ini.

Menurut sumber, mangsa terlibat telah diperdaya oleh seorang lelaki yang merupakan pemegang jawatan utama dalam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Lelaki tersebut telah disiasat oleh SPRM baru-baru ini, namun agensi penguat kuasa terbabit memerlukan mangsa-mangsa lain untuk tampil membantu siasatan,” katanya, tadi.

Sebelum ini, SPRM menahan reman enam individu termasuk seorang presiden NGO kerana disyaki terlibat sindiket penjualan Darjah Kebesaran Pingat Persekutuan palsu yang membawa gelaran Tan Sri dengan bayaran RM2 juta.

Menurut sumber, suspek ditahan masing-masing tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 30-an hingga 50-an ditahan pada 30 November lalu di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Sindiket itu dipercayai mula menjalankan kegiatan tersebut sejak 2020 dan telah memperdayakan beberapa mangsa membabitkan kerugian ratusan ringgit.

Mereka menunjukkan gambar dan surat dokumen daripada sebuah agensi kerajaan bagi meyakinkan mangsa bahawa gelaran dan pingat yang di atur melalui pintu belakang itu adalah benar-benar tulen.

Selain itu, bayaran yang dikenakan berbeza mengikut darjah kebesaran misalnya gelaran Datuk bernilai RM150,000, Datuk Seri (RM250,000) selain Tan Sri bernilai RM2 juta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti tujuh mangsa sindiket dengan lima daripada mereka tampil memberi keterangan.

“Pihak kami percaya masih ada beberapa mangsa yang perlu tampil untuk membantu melengkapkan siasatan,” ujarnya.

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Muhammad Aiman Jamil di talian 03-88700473 atau 017-2820484. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI