fbpx

Lesen peniaga boleh dibatal, gantung jika sewa pada warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian warga asing yang ditahan dalam operasi khas membanteras warga asing yang dilakukan oleh seramai kira-kira 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am di 'Mini Dhaka' di Jalan Silang, semalam. Foto AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh membatalkan lesen peniaga di Jalan Silang atau dikenali sebagai Little Dhaka sekiranya didapati melanggar peraturan dengan menyewakan premis kepada warga asing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, lesen yang diberikan kepada pemilik perniagaan sepatutnya digunakan dengan sebaik mungkin bukannya disalahgunakan dengan menyewakan kepada warga asing untuk berniaga.

“Saya sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Ia merupakan antara fokus utama DBKL dalam membanteras lambakan peniaga asing yang terus menguasai lokasi perniagaan di ibu kota,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kasih Harapan Kak Wan Siri 3, di sini hari ini.

Selain itu, beliau memberitahu, pihaknya sedang mendapatkan maklumat menyeluruh daripada Pasukan Gerakan Am yang melaksanakan operasi bersepadu di Jalan Silang, semalam.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin ditahan hasil serbuan ke atas 60 premis di Jalan Silang dalam operasi bersepadu yang dijalankan PGA PDRM bagi membanteras jenayah yang berlaku sekitar kawasan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI