fbpx

Geng Janggut, Deva aktif pecah rumah kecundang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ahli kumpulan penjenayah yang ditahan dalam serbuan berasingan sekitar Petaling Jaya, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Dua kumpulan penjenayah iaitu Geng Janggut dan Geng Deva yang aktif memecah masuk rumah dan sekolah di sekitar daerah ini dicekup dalam serbuan berasingan baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, seorang suspek yang merupakan ahli Geng Janggut mempunyai 20 rekod jenayah.

“Tiga suspek lagi yang berusia 37 hingga 40 tahun terbabit dalam tujuh kes pecah rumah di Seksyen 17 pada 10 Disember lalu membabitkan kerugian cecah RM146,000.

“Pasukan task force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menangkap semua suspek itu di Seksyen 14, dua hari kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, M Hussin berkata, pasukan task force turut menahan dua lelaki dipercayai anggota Geng Deva kerana terbabit dalam lima kes pecah sekolah di daerah ini.

“Pada pukul 11.38 malam, 27 November lalu, polis menerima laporan kes pecah masuk di Jalan Changai.

“Bertindak atas maklumat, pasukan task force membuat tangkapan ke atas dua lelaki tempatan berusia 16 dan 21 tahun di Desa Mentari pada 11 Disember lalu,” katanya.

Menurutnya, polis masih mengesan suspek ketiga yang masih bebas. Semakan ke atas dua suspek yang ditahan mendapati mereka mempunyai rekod jenayah.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya turut menahan lelaki tempatan yang dipercayai terbabit empat kes pecah rumah di Damansara Damai.

“Pasukan task force menahan suspek berusia 33 tahun pada 14 Disember di Lembah Klang.

“Suspek mempunyai satu rekod jenayah dan tiga rekod kes dadah malah ujian air kencing didapati positif methamphetamine,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI