fbpx

[VIDEO] Tiada laporan diterima lori mengundur langgar gerai makan di Keramat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang memaparkan sebuah lori mengundur sehingga terlanggar sebuah gerai di AU2, Keramat, hari ini.

AMPANG JAYA – Polis masih belum menerima sebarang laporan berkaitan video tular memaparkan sebuah lori mengundur sehingga terlanggar sebuah gerai jualan makanan di sebuah stesen minyak di AU2, Keramat, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, video tersebut dikesan tular di media sosial kira-kira pukul 6 petang.

“Rakaman video tersebut memaparkan sebuah lori di pekarangan stesen minyak AU2, Keramat mengundur sehingga terlanggar khemah gerai jualan makanan yang terletak di tepi Jalan 2a/16, Keramat.

“Sehingga kini, pihak polis belum menerima apa-apa laporan daripada pemandu lori tersebut mahu pun peniaga yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Azam, pihak yang terlibat atau saksi kejadian diminta untuk tampil ke mana-mana balai polis untuk membantu siasatan.

“Atau hubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-92740112,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI