fbpx

Keluarga mangsa pokok tumbang boleh saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN pokok tumbang yang meragut dua nyawa di Jalan Bukit Belacan, Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang Jaya kelmarin.

PETALING JAYA – Keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian pokok tumbang di jalan utama Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang, petang kelmarin boleh membuat tuntutan saman ganti rugi.

Menjelaskan perkara itu, seorang peguam yang enggan dikenali berkata, tuntutan saman itu boleh dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menyelia kawasan tersebut.

Bagaimanapun katanya, sebelum tindakan saman itu dilakukan, penduduk dinasihatkan supaya meneliti terlebih dahulu lokasi pokok tersebut adakah di bawah selenggaraan dan tanggungjawab PBT atau tidak.

“Kalau pokok tersebut berada di dalam kawasan ‘Federal road’ (Jalan Persekutuan) atau kawasan seliaan PBT kita boleh isukan saman.

“Sebagai contoh di Taiping, Perak kebanyakan pokok besar itu di bawah seliaan PBT. Jadi jika ada kejadian tidak diingini, mangsa boleh saman PBT.

“Ini kerana, apabila PBT mahu memeliharanya, mereka perlu pantau dan menja­ganya dengan rapi supaya ia tidak membahayakan orang ramai,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, peguam itu berkata, langkah pertama yang boleh diambil oleh ahli keluarga mangsa dalam kejadian di Ampang kelmarin adalah dengan melantik peguam.

Katanya, menerusi khidmat peguam itu, mereka boleh mengemukakan surat tuntutan kepada PBT supaya mereka menjawab sama ada pokok berkenaan di bawah tanggungjawab PBT atau tidak.

“Tetapi PBT biasanya dia ada insurans, mungkin pihak insurans akan ambil alih liabili­ti untuk membayar pampasan. Keluarga juga perlu membuat laporan polis sebelum tindakan ini diambil.

“Selain itu, jika sebelum ini sudah ada aduan daripada penduduk, pihak PBT perlu jawab. Mereka perlu jelaskan sama ada pokok itu di bawah bidang kuasa mereka atau tidak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI