fbpx
GAMBAR fail anggota bomba menyelamatkan pendaki yang sesat di Bukit Wawasan, Puchong pada April lalu.

‘Healing’ daki bukit sampai sesat dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Gara-gara mahu mengikut trend healing, terdapat segelintir individu sanggup menggadai nyawa mendaki bukit walaupun tidak mempunyai ilmu sehingga menyebabkan mereka sesat, cedera, malah mengundang risiko kematian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sebanyak 128 kes pendaki sesat diterima dalam masa sembilan bulan tahun ini melibatkan lokasi seperti Tasik Cermin, Bukit Kutu, Bukit Broga dan Bukit Tabur.

Daripada jumlah itu, seramai 101 mangsa selamat dengan 25 cedera, manakala dua lagi mening­gal dunia. Mereka ­berusia dalam lingkungan 20 hingga 50-an.

“Semua orang mempunyai masalah dan tekanan. Terma healing (penyembuhan jiwa) kini menjadi trend.

“Kebanyakan mereka tidak menggunakan jurupandu kerana mahu merasai pengalaman mendaki sendiri disebabkan terpengaruh dengan keindahan alam yang dikongsi orang ramai di media sosial,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut beliau, mendaki bukit merupakan aktiviti sihat, namun aspek keselamatan terutama di laluan mencabar perlu dititikberatkan. Namun, rata-rata mangsa lebih mementingkan kepuasan misalnya merakam foto sewaktu matahari terbit atau terbenam.

“Jadi mereka daki lewat petang dan malam supaya sasaran tercapai. Bila tidak arif dan cuaca gelap mereka panik, badan letih akhirnya sesat,” ujarnya.

Bagi yang berkumpulan, sikap terlalu yakin antara punca sesat.

“Biasanya kita dapat mengagak lokaliti itu, namun pendaki perlu memaklumkan lokasi sebenar mereka,” katanya.

Tambahnya, anggota bomba sentiasa didedahkan dengan kursus ikhtiar hidup dan menggalakkan anggota melakukan aktiviti trek atau mendaki di hutan atau lokasi kerap berlaku kes sesat.

“Kita juga sarankan orang ramai mendaftar sebelum mendaki dan patuh garis panduan ke­selamatan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Perhutanan Negeri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN