SERDANG – Nyawa hampir 50 penduduk Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14, Taman Wawasan, Puchong di sini hampir melayang apabila kawasan kediaman yang didiami lebih 23 tahun lalu tiba-tiba berlaku tanah runtuh hingga ‘menelan’ jalan dan membentuk gaung di depan pintu rumah masing-masing. Kejadian pada pukul 7 petang kelmarin itu berlaku ketika hujan lebat dan penduduk berada di rumah. Rata-rata mereka mengatakan ia merupakan kejadian pertama sejak diduduki pada tahun 2000. Seorang penduduk, Abd. Rahim Md. Ali, 72, berkata, dia hairan……