fbpx

Ramai mula muak tengok muka Meerqeen, Nadhir ‘back up’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEEQEEN dan rakan baiknya, Nadhir Nasar.

ENTAH kenapa sejak kebelakangan ini beberapa pelakon baharu kerap menjadi sasaran kebencian netizen.

Paling terbaharu ialah Meerqeen apabila tiba-tiba namanya menjadi buah mulut ramai rentetan ada individu mendakwa sudah muak melihat aktor itu berlakon.

“Sejujurnya sudah bosan lihat wajah Meerqeen, tolong muncul yang lain,” kata individu tersebut.

Terkejut juga Diva baca perkongsian tersebut dalam aplikasi X tetapi tidak salah pun cuma sekadar luahan perasaan.

Tangkap layar perbualan antara peminat, Nadhir dan Meerqeen dalam aplikasi X.

Menyedari nama tiba-tiba dipetik, dia memberi respons bahawa hanya muncul sekali sahaja untuk sebuah drama sepanjang tahun ini.

“Tahun ini saya muncul dalam televisyen (drama) sekali sahaja awak,” balasnya.

Tidak cukup dengan itu, rakan baiknya, Nadhir Nasar pula tampil mempertahankan Meerqeen. Sabar sahajalah geng! 

DIVA: Ramai dijangkiti Covid-19 sekarang. Jaga diri semua!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI