fbpx

Pusat hiburan digempur, 25 GRO warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita yang ditahan dalam serbuan dua buah pusat hiburan di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 25 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) antara yang ditahan dalam serbuan di dua buah pusat hiburan di ibu negara, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua individu yang ditahan itu berusia 22 hingga 37 tahun.

Katanya, serbuan tersebut membabitkan premis hiburan di Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail, bermula pukul 12.30 malam sehingga pukul 3.10 pagi tadi.

“Hasil serbuan berjaya menahan 28 individu membabitkan dua individu warga tempatan, seorang lelaki warga asing dan 25 wanita warga asing.

“Turut dirampas dua unit DJM Controller, telefon bimbit (1), pembesar suara (2), mikrofon (2), mikrofon tanpa wayar (1) dan resit perniagaan (2),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Noor Dellhan, kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Dua individu warga tempatan direman selama empat hari bermula hari ini, sehingga Rabu hadapan.

“Sementara itu, 26 warga asing yang ditahan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen 1959/63 bagi tujuan siasatan lanjut,” ujar beliau.

Jelas beliau, orang ramai diseru untuk memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Tambah Dellhan, sebarang maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`